Kitab As-Syamail Al-Muhammadiyah
bondakids2023-01-20T02:38:45+00:00Para ulama telah berusaha untuk mengumpul hadis-hadis dan athar-athar yang berkaitan dengan peribadi Nabi SAW. Sama ada yang melibatkan zahir tubuh badan Nabi dan juga akhlak Nabi SAW.
Di antara karya yang terkenal mengumpulkan hadis-hadis berkenaan dengan peribadi Nabi ialah kitab Al-Syamail Al-Muhammadiyah yang disusun oleh Imam Abu Isa Al-Tirmizi (w.279 H).
Maka, kitab-kitab seumpama ini menjadi panduan kepada setiap muslim untuk mengenali sifat dan peribadi Nabi agar tidak mudah ditipu oleh orang-orang yang berkepentingan yang mendakwa bahawa Nabi itu begini dan begitu.
Buku As-Syamail Al-Muhammadiyah adalah naskah berharga yang menghuraikan secara terperinci keperibadian Nabi Muhammad s.a.w berdasarkan hadith-hadith yang direkodkan oleh Imam Tirmidzi.
1. Fizikal (Khalqiah)
Tanda kenabian, rambut, uban, celak, pakaian, aksesori, kasut, cincin, pedang, baju besi, serban dan sarung
2. Perilaku ( Khuluqiah)
Cara berjalan, duduk, bersandar, bertopang, tidur, makan, minum, wuduk, doa, solat, puasa, membaca Al-Quran, berbicara, ketawa, menangis, bergurau, nersyair, tawaduk, ,malu, termasuklah ibadah-ibadah yang lain, hubungan sosial, dan kehidupan seharian.
Kitab As Syamail Al Muhammadiyah boleh di dapati di SINI
Penjelasan Ustaz Wadi Annuar mengenai KitaB As Syamail Al Muhammadiyah
@haniatakids pengajian kitab oleh ustaz wadi annuar. seronok baca #tazkirahtiktok #tazkirahringkas #muhasabahdiri #buku #rasulullah #kitab #pengajian #muhammadsaw #haniata ♬ Instrument Sholawat Sedih - INDRAGE