Bermain Sambil belajar. Anak Mesti Seronok!
bondakids2022-10-11T16:49:41+00:00Main adalah aktiviti rutin yang dilakukan oleh kanak-kanak agar mencapai perkembangan yang holistik.
Melalui permainan kanak-kanak belajar meneroka dunia persekitaran mereka.
Menurut Moyles (2005) bermain adalah pengalaman pengajaran dan pembelajaran yang terbaik dan menjadi keutamaan dalam pendidikan awal bagi kanak-kanak sebelum melangkah ke alam persekolahan.
Melalui aktiviti bermain sesuatu permainan, kanak-kanak belajar tentang persekitaran dan memahami apa-apa yang berlaku di sekeliling dalam keadaan yang seronok.
Dalam keadaan yang seronok, anak dapat menyerap semaksimum mungkin apa-apa yang mereka rasa, lihat dan perhatikan dalam persekitaran mereka.
Di bawah ni, cikgu ada kongsikan beberapa permainan yang dapat menarik minat mereka untuk belajar sambil main. Dalam masa yang sama boleh belajar membaca, mengira dan menulis.
Jadi, sebagai ibu bapa, kita perlu memberi ruang dan peluang untuk setiap kanak-kanak bermain dengan pemantauan dan bimbingan. Para ibu bapa sebaiknya menerangkan peraturan dan panduan bermain kepada kanak-kanak agar meeka belajar untuk bertanggungjawab ke
atas setiap tindakan mereka.