Kenapa Ibu Bapa perlu Galakkan Anak-anak Beraktiviti Melukis dan Mewarna?
bondakids2022-05-22T04:33:26+00:00Banyak kebaikan yang anak-anak dapat bila kita galakkan anak-anak melakukan aktiviti melukis dan mewarna. Antaranya ialah:
1. Membantu anak belajar cara berkomunikasi dengan menggunakan objek, simbo atau gambar.
2. Memperkembngkan kemahiran fizikal anak. Contohnya dapat merangsang dan melatih kemahiran motor halus dan otot-otot anak seperti jari, tangan dan pergelangan tangan semasa melukis dan mewarna.
3. Galakkan daya tumpuan melalui kordinasi tangan mata seperti mewarna dalam garisan.
4. Membina imaginasi anak yang tersendiri. Melalui lukisan, anak boleh berimaginasi secara sendiri atau boleh juga dibantu oleh mak ayah. So, mak ayah perlu tahu bila dan masa yang sesuai untuk interup semasa mereka ralit melukis.
5. Boleh dijadikan medium untuk meluaskan perasaan.
Banyak sangatkan kebaikan melukis untuk anak-anak kita? Jom galakkan mereka untuk melukis dan mewarna.
Ini adalah antara aktiviti mudah yang boleh kita lakukan bersama anak-anak di rumah. Sesuai sangat untuk melatih kemahiran tangan mereka.
Aktiviti ini boleh dilakukan dengan menggunakan marker dot-dot. Bagi aktiviti ini kat anak, gajet pun mereka letak tepi dah.
Baguskan! Marker dot dot tu, mak ayah boleh beli di DI SINI