Kemahiran Visual Tracking Skills dalam Kanak-Kanak. Kenapa ia Penting?
Visual Tracking skills adalah kebolehan anak untuk mengawal pergerakan mata menggunakan oculomotor sistem.
Terdapat 2 jenis iatu menukarkan fokus berselang seli terhadap dua objek yang sedang bergerak dan anak-anak berupaya menetapkan fokus pandangan terhadap objek bergerak. Kedua-dua jenis kemahiran fokus ini penting.
Menagapakan kemahiran ini penting?
Kemahiran ini merupakan kunci kepada kompenan pembelajaran iaitu membaca dalam perenggan, tugasan melibatkan koordinasi, kesedaran badan dan pengawalan postur badan anak.
Kemahiran ini membolehkan kanak-kanak tahu di mana mereka harus fokus dan tahu apa yang mereka perlu fokus.
Bagaimana membantu kanak-kanak menguasai kemahiran ini?
1. Menggunakan buku yang mempunyai tulisan besar bagi membantu mereka fokus.
2. Mengggunakan pen highlighter uuntuk menanda pembacaan.
3. Menggunakan bola besar untuk aktiviti koordinasi motor.
4. Menggabungkan aktiviti pergerakan dan bermain sambil fokus kepada bola untuk latihan visual skuills ini. Sebagai contohnya, menyambut bola yang dibaling secara berlari.
5. Bagi mereka peluang untuk berehat antara tugasan membaca atau menulis bagi merehatkan mata