Bagaimana Cara Bercerita Dengan Anak
Bercerita adalah aktiviti yang mampu memindahkan emosi dan perasaan, dan melonjakkan keupayaan berfikir anak-anak.
Banyak kajian membuktikan bahawa aktiviti bercerita mempunyai banyak manfaat kepada anak-anak.
Mari kita teliti apakah cara yang terbaik untuk menyampaikan sesebuah cerita kepada anak.
Bukan sahaja sejak bayi, malah semasa anak masih dalam kandungan pun, iaitu apabila pendengarannya mula berfungsi kita sudah sedia boleh membacakan buku untuknya.
Jom kita lihat perkongsian daripada Redza Zainol ini:
- Guna material menarik seperti buku cerita yang ada gambar berwarna (VISUAL).
- Duduk berhadapan dengan anak supaya kita boleh dapatkan eye contact anak.
- Guna intonasi suara yang menarik (AUDITORY).
- Kalau anak hanya mendengar, maknanya anak cuma guna 1 ‘Channel of Learning’.
- Tapi bila anak dengar sebutan perkataan, kita bagi anak tengok gambar sambil sentuh objek tu, maknanya anak tengah belajar melalui ‘Multiple Channel of Learning’.
Lepasni mak ayah boleh la terus guna kaedah ni untuk anak-anak. Mak ayah yang nak dapatkan buku cerita menarik dalam pada masa yang sama belajar suku kata boleh boleh KLIK SINI.
Buku ni khas ditulis oleh Teacher Ashikin yang bagus untuk anak anak kerana dapat membantu anak-anak mahir membaca di awal usia.
Buku ini uniknya sebab ada 8 rakaman video bercerita yang diberikan kepada ibu ayah dan anak. Ini dapat memudahkan lagi anak-anak faham apa yang diceritakan di dalam buku. Menarikkan.