Aktiviti Sebelum Mengajar Anak Menggunting
Sebelum menggunting, mak ayah perlu biasakan anak-anak dengan aktiviti pra gunting. Aktiviti ini membantu dalam gerakan genggam.
Aktiviti-Aktiviti Pra Gunting
1. Guna Botol Spray
Biarkan anak-anak menggunakan botol untuk spray air di pokok-pokok luar rumah.
Semasa anak tekan dan lepaskan pemegang picu air tu, ia dapat biasakan anak buat gerakan genggaman dan lepas secara berulang. Bahasa mat sallehnya disebut repetitive grasp-release motion.
2. Aktiviti Bermain Pengepit Baju
Bermain buka dan tutup pengepit baju dapat membantu anak-anak buat gerakan genggam dan lepas (squeeze and release motion) yang diperlukan sebelum belajar memegang gunting.
3. Contoh lain aktiviti yang menggalakkan anak genggam dan lepas menggunakan tangan ialah :
Guna penebuk lubang, pengepit(tweezers), pengepit makanan (tongs). Contoh lainnya seperti Bead Holder.