Ibu Bapa Yang Terlalu Serius? Jom Tengok Cara Nak Dekatkan Diri Dengan Anak
Perasan atau tidak? Kita atau pasangan kita terlalu serius dengan anak. Sampaikan anak pun tidak mahu dekat dengan ibu ayah.
Salah satu cara nak dekatkan hati anak dengan kita antaranya :
1. Selalu bergurau dengan anak
Bila kita banyak bergurau dan gelak ketawa, hormon dopamine akan terhasil dalam badan anak.
Dopamine tu akan buatkan anak rasa lebih tenang dan bahagia.
Itulah yang dikejar anak-anak. Rasa seronok bermain dengan mak ayah. Rasa yang mereka tak pernah jemu walaupun diulang berkali-kali.