Kenapa Kemahiran Visual Focus Anak Penting?
Visual focus adalah merupakan kebolehan untuk mengecam objek dengan lebih dekat dan jelas. Ia adalah satu keadaan dinamakan akomodasi, lensa kamera perlu diadjust untuk memberi fokus pada satu-satu objek.
Kenapa kemahiran ini sangat penting?
Kemahiran ini sangat penting untuk kanak-kanak kuasai kerana kemahiran ini merupakan kemahiran yang penting untuk anak-anak membaca dan menulis.
Kanak-kanak perlu belajar untuk fokus kepada tulisan atau pembacaan. Jika tidak, kanak-kanak mudah menjadi mudah pening apabila membaca, kejang otot dan mempunyai masalah menyalin perkataan dari papan putih.
Bagaimana nak membantu kanak-kanak menguasai kemahrian Visual Focus ini?
1. Tulisan perlu kontra antara tulisan dan background belakang.
2. Melakukan dua aktiviti pada jarak berbeza.
3. Aktiviti mencari objek tersembunyi.
4. Bermain aktiviti fizikal seperti menangkap bola, badmintaon, dan lain-lain yang sesuai.