Derma dan Sedekah untuk Mendapat Keredhaan Allah
وَمَا تُنْفِقُوْنَ اِلَّا ابْتِغَاۤءَ وَجْهِ اللّٰهِ ۚ
“Dan kamu pula tidaklah mendermakan sesuatu melainkan kerana menuntut keredhaan Allah.”
Perkara yang perlu kita pasakkan dalam diri kita adalah apa-apa sahaja sedekah atau berinfak biarlah untuk mendapat keredhaan Allah swt semata-mata.
Contohnya
Seseorang ayah telah memberikan nafkah kepada anak-anak dan mengharapkan mereka mendengar kata-katanya 100% tanpa bantahan. Padahal ini hanya sia-sia dan merisikokan diri kita akan rasa kecewa. Ini kerana, tiada anak-anak yang akan mematuhi ibu bapa 100% kecuali akan ada juga bantahan walaupun sedikit.
Begitu juga kita sebagai ibu atau isteri apabila melakukan sesuatu dengan harapan akan beroleh balasan baik daripada suami mahupun ahli keluarga tanpa sebarang kesalahan pun. Ini juga mustahil bahkan boleh mendatangkan rasa kekecewaan.
Ingatlah bahawa kita ni sebagai anak-anak, ibu bapa tau isteri atau sesiap sahaja, bukanlah seorang yang sempurna. Pasti ada kekurangan yang boleh mendukacitakan kita.
Namun, jika kita benar-benar melakukan dengan matlamat untuk mencari keredhaan Allah, kita akan kuat dan bersemnagat untuk meneruskan kehidupan ini.
Sama-sama kita muhasabahkan diri.