Tip Melatih Anak Bercakap
Melatih anak bercakap akan membantu anak-anak untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan baik. Setiap apa yang dikatakan akan disimpan dalam memori anak. Anak akan meniru apa yang dilihat dan di dengari oleh mereka.
Berikut merupakan tip mengajar anak atau bayi bercakap:
1. Mengajak anak bercakap sejak mereka kecil lagi, meskipun mereka belum boleh bercakap.
2. Menggunakan suara yang lembut
3. Hindarkan perkataan yagn kasar dan buruk di depan anak kerana apa-apa yang kita ucapakan akan tersemat dalam memori anak.
4. Dengar apa yang anak cakapkan walaupun kata-kata mereka belum jelas. Berikan respons terhadap apa yang dikatakan oleh mereka.
5. Jangan menyalahkan apa yang anak katakan. Ulangi perkatan yang mereka katakan dengan perkataan yang betul.
6. Boleh ajak anak bercakap sambil melakukan aktiviti lain seperti ketika memakai lampin, ataupun sambil bermain dengan mereka.
Kesabaran, fikiran positif, dan praktik secara konsisten akan sangat membantu meningkatkan menggalakkan anak bercakap.