Resepi Ayam Buttermilk. Sedap dan Tak Muak
Sedapnya Ayam Buttermilk ni. Terasa lemak, masin dan pedasnya. Bagi anda yang buntu nak masak apa untuk keluarga hari ini, apa kata anda cuba resipi Ayam Buttermilk. Resipi yang mudah dan tentunya sedap. Tak guna banyak bahan pun. Rugi tau kalau tak cuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
BAHAN-BAHAN:
- Isi ayam secukupnya. Untuk makan 2 orang atau 3. Tiga ketul isi ayam bahagian dada dah cukup.
- 2 ulas bawang putih cincang. Boleh juga masukkan bawang holland kalau suka.
- 1 sudu makan mentega
- 1 tangkai daun kari
- 1 biji cili api dihiris
- Tepung goreng bestari untuk goreng ayam.
- 300ml susu segar
- Garam, gula dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Ayam dipotong kecil. Masukkan ke dalam bekas dan taburkan tepung goreng bestari dengan secukupnya. Perap dalam beberapa minit.
3. Panaskan minyak. Celup dengan tepung bestari sekali lagi sebelum ayam di masukkan ke dalam minyak.
4. Bila ayam dah masaka, angkat dan toskan. Ketepikan ayam.
5. Panaskan mentega di dalam kuali.
6. Masukkan bawang putih, cili api dan daun kari. Tumis sehingga naik bau.
7. Bila bahan tumis kelihatan sedikit garing, masukkan susu segar. Jika tiada, boleh guna susu cair atau susu penuh krim. Bergantung pada cita rasa masing-masing.
8. Perasakan dengan sedikit garam. Pastikan guna sedikit sahaja kerana tepung gorengan bestari sudah mempunyai rasa masin.
9. Tambahkan juga sedikit perencah cukup rasa dan sedikit gula. Kacau rata.
10. Akhir sekali, masukkan ayam yang telah digoreng tadi.
11. Kacau dan renihkan sekejap supaya ayam dan kuah sebati dan meresap.
12. Padamkan api dan angkat. Ayam Buttermilk siap untuk dinikmati.