Latihan Nombor 1 – 20 Untuk Anak-Anak Taska
Admin2024-05-17T03:41:19+00:00
Kualiti pengajaran Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK) di Malaysia kini mula mencapai pertumbuhan positif yang meliputi kesedaran terhadap pembelajaran awal bagi kanak-kanak. Kini, keperluan PAKK menjadi hal utama kepada ibubapa bagi merancang keberhasilan pembelajaran kanak-kanak apabila memasuki alam persekolahan. Kepentingan itu, turut memberi kesan terhadap keberkesanan pengajaran guru prasekolah.
Berdasarkan kajian Zil Afiqah dan Suziyani (2021) menunjukkan guru prasekolah kini sudah mula memahami kehendakan tugasan bagi merancang dan menyediakan aktiviti PdP sebelum dijalankan. Panduan dokumen Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) membantu guru menghasil dan merealisasikan aktiviti pembelajaran yang seragam dengan saranan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Pelaksanaan KSPK menjadi tunggak persediaan guru merancang aktivitti mengikut kesesuaian masa dan keperluan kurikulum. Hasil dapatan ini disokong oleh kajian daripada Mohd Nazri & Wan Nurul Baizura (2017) menyatakan penerimaan guru prasekolah terhadap KSPK adalah baik dan bersifat positif. Ia dikatakan KSPK merupakan panduan lengkap, mudah difahami malah membantu guru menyediakan rancangan pengajaran harian.
Maka, di bawah ini, Haniata menyediakan beberapa lembaran kerja matematik untuk anak-anak prasekolah bagi membantu persedian ibu bapa dan guru dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak ini.