Tips Cara Ajar Anak Memakai Pakaian
Aktiviti pengurusan diri merupakan kemahiran yang perlu dikuasai oleh semua kanak-kanak secara berdikari. Ini kerana ia merupakan rutin harian yang perlu dilakukan oleh individu tersebut dalam hari-hari mereka. Nak tak nak, anak-anak perlu kuasainya.
Perkara utama yang perlu anak kuasai sebelum memakai pakaian adalah anak perlu dahulu mahir dalam menaggalkan pakaian mereka.
Kenapa begini?
Ini kerana kemahiran menaggal pakaian adalah lebih mudah daripada kemahiran memakai. Jadi mulakan kaedah mengajar kanak-kanak dari menanggalkan pakaian mereka terlebih dahulu.
Teknik Memakai Pakaian
1. Tarik baju dahulu ialah sampai melepasi kepala.
2. Tolak tangan kanan melepasi lengan baju.
3. Tolak tangan kiri melepasi baju.
4. Tarik baju ke bawah.
InshaAllah selepas ni senang la untuk mak-mak baru ajar anak cara pakai baju.