Aktiviti Untuk Anak Umur 18 Hingga 24 Bulan
Anak yang berumur 18 hingga 24 bulan ini biasanya dikenali dengan anak tatih. Anak tatih merupakan istilah untuk kanak-kanak yang baru berjalan jatih, iaitu bertatih-tatih. Biasanya perkembangan ini berlaku pada peringkat umur kanak-kanak 12 hingga 24 tahun.
Di bawah ni merupakan contoh 5 aktiviti mudah untuk anak tatih.
Padankan Potongan itu
- Kumpulkan beberapa objek seperti cawan biskut atau blok kayu. Cuba dapatkan bentuk-bentuk yang senang atau bentuk yang anak boleh kenal pasti seperti bentuk haiwan, pokok atau tumbuh-tumbuhan.
- Surih satu objek di permukaan sehelai kertas.
- Tunjukkan kepadanya cara memadankan acuan biskut itu dengan bentuk yang kita lukis.
- Berikan kepada anak acuan yang sepadan dengan bentuk yang kita lukis dan suruh mereka padankan.
- Selepas anak dah kenal pasti acuan mana satu, boleh tambah lagi satu objek dan surihan di permukaan
- Apabila anak dah faham, tambahkan bentuk surihan dan acuan objek yang lain.
Permainan Menyepit
- Kumpulkan alat permainan ke dalam kotak atau mangkuk yang besar.
- Berikan penyepit makanan kepada anak anda da tunjukkan kepadanya cara mengakat objek menggunakan penyepit tersebut.
- Apabila anak dan Berjaya mengangkat alat permainannya menggunakan penyepit, tunjukkan cara memindakahkan alat permainan itu ke dalam kotak lain.
Lumpur magik
- Campurkan 1 paket tepung jagung dengan air ke dalam mangkuk. Kemudian uli adunan itu hingga menjadi doh.
- Katakan kepadanya ‘Jom kita tengok magik”
- Jika anda golekkan campuran itu, ia akan menjadi bebola. Jika anda biarkannya, ia akan menjadi cecair.
Tiru Macam Saya
- Ajak anak bermain dengan kita.
- Buat aksi yang berbeza dan galakkan anak agar meniru aksi tersebut. Contoh pergerakan melambai tangan atau menepuk tangan. Galakkan juga anak buat aksi sendiri dan kemudian anda menirunya.
Main Sorok-Sorok
- Main sorok-sorok ini pasti mengujakan si kecil.
- Mak ayah boleh bersembunyi di belakang sesuaitu dan menampakkan sebahagian tubuh badan, seperti menyorok di belakang sofa.
- Anak akan belajar untuk mendengar arahan daripada suara anda dan menggunakan matanya untuk mencari kita.
- Selepas anak jumpa kita meyorok, boleh berikan mereka pelukan sebagai kejayaan mereka.