Kepentingan Bermain untuk Kanak-Kanak
Bermain merupakan satu aktiviti semula jadi dan keperluan bagi kanak-kanak. Ia merupakan fitrah bagi kanak-kanak. Bermain adalah merupakan hak seorang anak. Mengikut Hak Asasi Manusia Bangsa-Bangsa Bersatu menyatakan bahawa bermain adalah hak kepada seorang anak. Ini kerana bermain adalah dunia bagi mereka.
Melalui bermain,kanak-kanak boleh meningkatkan perkembangan mereka. Antara enam kebaikan dan perkembangan kepada kanak-kanak ialah :
Membantu Perkembangan Fizikal
Bermain dapat membantu membina otot-otot kecil kanak-kanak. Aktiviti seperti mengutip benda kecil, memasukkan benda kecil ke dalam lubang, menyusun dan membina blok dapat mengaktifkan jari mereka.
Aktiviti ini dapat membantu anak-anak untuk cepat menulis.
Selain itu, bermain juga mengaktifkan kemahiran motor kasar mereka. Keadaan ini dapat dilihat melalui aktiviti seperti merangkak, memanjat, berlari, menggelungsur dan sebagainya.
Membantu Perkembangan Akal (Kognitif)
Akal dapat membezakan antara perkara yang salah dan dengan perkara yang benar serta dapat menganalisis seuatu perkaran. Kemampuan akal bergantung kepada pengalaman dan tahap pendidikan seseorang.
Namun, kemampuan manusia dalam menyerap pengalaman dan pendidikan adalah tidak sama. Oleh itu, tidak ada manusia yang kemampuan akalnya betul-betul sama antara satu dengan lain.
Membantu Perkembangan Bahasa
Dari segi perkembangan bahasa, kanak-kanak dapat menambahkan perbendaharaan kosa kata mereka. Ia boleh dilihat menerusi interaksi kanak-kanak itu sendiri. Melalui interaksi secara bermain, kanak-kanak dapat meluahkan idea, perasaan dan fikiran mereka. Ia sekaligus dapat merangsang pertuturan dan bahasa kanak-kanak.
Membantu Perkembangan Emosi
Dunia kanak-kanak penuh dengan aktiviti bermain. Mereka mempelajari sesuatu dengan berkesan ketika mereka berseronok. Antara 8 emosi utama iaitu marah, sedih, takut, gembira, minat, terkejut, jijik dan malu.
Selain itu, kita juga mempunyai emosi sekunder. Emosi ini adalah reaksi terhadap lapan emosi utama. Contohnya, kanak-kanak yang pernah dihukum kerana membuat perangai mungkin akan berasa cemas untuk mengulangi perbuatan itu lagi.
Dalam erti kata lain, cara kita bertindak balas terhadap emosi kanak-kanak boleh memberi kesan kepada perkembangan emosi mereka.
Kita perlu mengajar mereka untuk mengenali perasaan yang mereka alami. Ini membantu mereka untuk menangani perasaan yang dialami dengan cara betul dan diterima orang ramai. Ini seterusnya dapat membentuk anak kearah berdikari. Mereka akan lebih tenang dan tahu perasaan yang mereka alami adalah perkara biasa.
Membantu Kemahiran Bersosial
Kemahiran Bersosial bermaksud keuapayaan untuk menghasilkan tingkahlaku atau respons yang sesuai secara lisan atau bukan lisan dalam proses interaksi tanpa menyakitkan orang lain.
Perkembangan social kanak-kanak adalah lumrah yang harus difahami dan seharusnya dipenuhi agar setiap kemahiran asas dapat dopelajri bersesuain dengan peringkat umur dan keupayaan mereka. Kemahiran bersosial akan meningkat semasa bermain dengan kawan-kawan mereka.
Meningkatkan Kreativiti
Kanak-kanak dapat melahirkan kreativiti semasa bermain kerana daripada permainan ini mereka boleh menyelesaikan masalah, berimaginasi dan ini menjadikan merka kreativd, imaginatif dan akan cuba mneyelesaikan masalah. Contohnya dengan bermain lego, mereka akan berimaginasi untuk membina kapal , rumah atau kereta. Otak mereka akan berfikiran kritikal, blok apa yang sesuai untuk melengkapkan menjadi objek yang mereka nak. Ini akan merangsang otak mereka untuk berhubung dan berfungsi dengan baik.